Sunday, June 13, 2010

Pajak gadai

SERI MANJUNG – Selain menjalankan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah, Pajak Gadai Ar-Rahnu yang membuka cawangan di Seri Manjung turut menjadi tempat kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan.

Pengerusi syarikat berkenaan, Kasim Mohamad berkata, pembukaan cawangan Pajak Gadai Ar-Rahnu di sini adalah berlandaskan gabungan konsep al-Wadiah dan al-Qardhul Hassan di mana membolehkan pelanggan menyimpan barang berharga dengan jamin serta pinjaman tanpa mengenakan faedah.

Menurutnya, pihaknya memilih daerah ini bertujuan memudahkan ahlinya yang kebanyakannya tinggal di sini untuk memudahkan urusan mereka.

Kasim berkata, menerusi pembukaan cawangan itu, ia dapat membantu masyarakat semasa memerlukan wang segera dengan cara mudah, cepat dan telus menerusi cara syariah.

“Bukan itu sahaja malah kami membantu pelanggan membuat pembiayaan secara syariah, urusan secara telus serta mempunyai jaminan keselamatan bagi setiap barangan yang disimpan di Pajak Gadai Ar-Rahnu .

“Pajak Gadai Ar-Rahnu yang terletak berhampiran stesen bas Manjung ini dibuka pada Isnin hingga Jumaat dengan menyediakan perkhidmatan seperti gadai atau penyimpan barangan kemas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Pajak Gadai Ar-Rahnu, di sini, baru-baru ini.

“Bagi perancangan masa hadapan, pihak kami mungkin akan melebarkan sayapnya ke seluruh negeri Perak untuk membantu masyarakat yang mengalami masalah kewangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment