Hari ini saya nak bagi tips sikit tentang nak lajukan internet. Cara-caranya mudah dan senang dilakukan. Tetapi teknik ini hanyalah teknik asas dan tidak menggunaan software apa2. Saya senaraikan disini yer:-
1) Biasanya tak laju ni sebab ada banyak software ‘run’ pada startup. So nak buangnya senang je. Klik pada start dan pilih run. Pastu taip MSCONFIG (huruf kecik pun takpe) dan tekan ok. Then, akan keluar system configuration utility. Kat butang tab pilih startup. Untick atau Uncheck mana2 software atau aplikasi yang dirasakan tak perlu ada dalam startup. So takdelah banyak aplikasi ‘running’ semasa kita melayari internet.
2) Selain itu, kita juga boleh melajukan internet dengan menggunakan default wallpaper. Janganlah guna wallpaper canggih manggih yang ada gambar, grafik dan sebagainya. Bila banyak sangat benda tu yang jadi lambat nak loading internet tu. Sebab banyak makan (guna) RAM atau memory.
3) Tutup atau kurangkan penggunaan software lain semasa melayari internet. Fokus pada satu2 benda sahaja. So takdelah lambat sangat masa nak guna internet tu. Software atau aplikasi lain tu gunalah masa dah abis melayari internet tu.
4) Jaga komputer anda dan elakkan dari terkena virus ataupun spyware. Ini juga boleh menyebabkan internet menjadi lembap. Bila dah banyak virus ada dalam PC kita, komputer atau hard disk akan jadi slow. Maka automatik, nak guna internet pun jadi slow jugak.
5) Jangan guna internet terlalu lama atau lebih dari dua jam. Jika lebih dari tu, leh disconnect dulu untuk 5-10 minit. Kemudian baru buat connection balik. Ini supaya modem dapat refresh balik serta dapat kurangkan kepanasan modem. Keselamatan modem pun terjaga.
No comments:
Post a Comment